Program Emas

"KHUSUS UNTUK ANGGOTA KOPERASI DAN KELUARGA"

Perlindungan Komprehensif Penjagaan Kesihatan (Takaful/Insurans)

Bantuan Kecemasan Luar Negara

Penebusan Mata Ganjaran

Perkhidmatan Pengurusan Jenazah Professional

Diskaun Yuran Penulisan Wasiat dan Yuran Pengurusan Pentadbiran Harta Pusaka

SELAMAT DATANG KE PROGRAM EMAS UNTUK GAYA HIDUP LESTARI

Program ini adalah terbitan melalui jalinan kerjasama berterusan dan diseliakan melalui anak syarikat MYANGKASA Holdings Sdn Bhd iaitu MYANGKASA EMAS MEDICARE SDN BHD.

Program EMAS Untuk Gaya Hidup Lestari adalah sebuah program yang komprehensif dengan bertujuan menyokong dan melengkapi usaha kerajaan untuk menghasilkan peningkatan kualiti hidup rakyat menerusi Perlindungan Komprehensif Penjagaan Kesihatan (Takaful/Insurans), Bantuan Kecemasan Luar Negara, Penebusan Mata Ganjaran, Perkhidmatan Pengurusan Jenazah Professional dan Diskaun Yuran Penulisan Wasiat dan Yuran Pengurusan Pentadbiran Harta Pusaka untuk orang ramai sebagai inisiatif mengurangkan bebanan kos sara hidup anggota koperasi.

PERLINDUNGAN KOMPREHENSIF PENJAGAAN KESIHATAN (TAKAFUL/INSURANS)

Perlindungan perubatan komprehensif yang merangkumi manfaat seperti dibawah :

  • Kemasukan Hospital
  • Perlindungan Hayat
  • Perlindungan Kemalangan
  • Rawatan Pesakit Luar (klinik GP sahaja)

BANTUAN KECEMASAN LUAR NEGARA

Ahli Program EMAS kini boleh ke luar negara dengan tenang dan terjamin kerana adanya perkhidmatan tambahan bantuan kecemasan luar negara yang menyediakan nasihat dan bantuan perubatan untuk ahli yang berada di luar negara.

Ahli boleh mendapatkan akses bantuan antarabangsa yang mampu menyediakan panduan perubatan dan perjalanan pada bila-bila masa. Pengguna boleh mengakses maklumat di lebih dari 200 negara dan 300 bandar di seluruh dunia serta menghubungi pusat bantuan untuk mendapatkan bantuan atau nasihat apabila diperlukan.

Pengendalian kemasukan hospital ahli Program EMAS semasa berada di luar negara akan diuruskan oleh Aspire Lifestyles.

PENEBUSAN MATA GANJARAN

MyWorld Rewards adalah kesetiaan jenama, diskaun dan keistimewaan yang terkemuka yang bertanggungjawab untuk pengenalan dan pengurusan inisiatif pemasaran inovatif untuk peniaga dan pemilik perniagaan. Ini dilakukan melalui kad keistimewaan dan program ganjaran yang direka untuk meningkatkan kesedaran jenama dan kesetiaan jenama.

Segala pembayaran untuk Program EMAS akan memberi mata ganjaran kepada ahlinya. Dengan adanya penebusan mata ganjaran ini, segala pembayaran seperti pembayaran yang boleh ditebus untuk kegunaan lain tetapi ahli berdaftar perlu mengisi borang pendaftaran MyWorld berdasarkan terma dan syarat.

Konsep terkini ini juga menawarkan ganjaran yang berpatutan dengan perbelanjaan yang dilakukan oleh ahli ketika didalam Program EMAS ini.

PERKHIDMATAN PENGURUSAN JENAZAH PROFESIONAL

Program EMAS Untuk Gaya Hidup Lestari juga menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah profesional berkolaborasi dengan MyAngkasa Mukmin.

Perkhidmatan ini ditawarkan kepada semua warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang beragama Islam MyAngkasa Mukmin mempunyai lebih daripada 3000 pengurus jenazah profesional yang berdaftar di seluruh Malaysia tanpa pembayaran tunai pada hari kematian.

Sekiranya berlaku kematian kepada ahli Program EMAS, pihak waris boleh memilih untuk mengunakan perkhidmatan pengurusan jenazah yang disediakan oleh MyAngkasa Mukmin.

MyAngkasa Mukmin mempunyai pasukan yang sentiasa bersedia 24 jam untuk berkhidmat menguruskan jenazah.Liputan pengurusan jenazah adalah seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

DISKAUN YURAN PENULISAN WASIAT DAN YURAN PENGURUSAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA

Perpetual Trustees Berhad telah ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan perancangan dan pengurusan harta pusaka. Perpetual Trustees Berhad juga menyediakan perkhidmatan pengurusan aset melalui produk amanah secara menyeluruh untuk semua golongan masyarakat termasuk institusi perniagaan dan korporat.

Khusus untuk program ini, ahli MAEB yang melantik Perpetual Trustees Berhad sebagai Pemegang Amanah akan mendapat manfaat penulisan wasiat dan pengurusan harta pusaka daripada Perpetual Trustees Berhad pada harga rebat.

Kelebihan Perpetual Trustees Berhad

  • Perpetual Trustees Berhad memberi pilihan produk amanah yang mudah dan direka khas bersesuaian dengan portfolio pelanggan.
  • Perpetual Trustees Berhad mempunyai pelbagai produk amanah yang dapat memenuhi keperluan individu.
  • Perpetual Trustees Berhad mempunyai kakitangan yang berpengalaman dalam bidang pengurusan harta pusaka dan amanah yang rumit.
  • Perpetual Trustees Berhad mempunyai kemahiran menstruktur produk amanah untuk individu yang mempunyai nilai aset yang tinggi di dalam dan luar negara.
  • Perpetual Trustees Berhad mempunyai pihak pengurusan yang mahir, profesional dan berintergriti dalam pelbagai bidang seperti perundangan, kewangan dan pelaburan yang juga komited untuk memenuhi keperluan setiap pelanggan.

SYARAT -SYARAT UMUM PENYERTAAN PROGRAM EMAS

Berikut adalah syarat-syarat umum:
  • Semua butiran terperinci pemohon diperlukan dengan melengkapkan Borang Pendaftaran Program EMAS beserta bayaran penuh.
  • Program EMAS adalah satu program tahunan.
  • Program EMAS adalah satu program berkelompok dan bukannya satu program individu.
  • Sebarang perubahan syarat dan operasi Program EMAS tertakluk kepada sebarang pindaan oleh MYANGKASA EMAS MEDICARE SDN BHD dan akan dimaklumkan kepada ahli dari semasa ke semasa.
  • Tempoh menunggu untuk dilindungi selepas menghantar Borang Keahlian beserta bayaran adalah 30 hari.

Jenis Keahlian

Yuran Tahunan

Individu

RM1,980.00

KEISTIMEWAAN PROGRAM EMAS

Berikut adalah keistimewaan Program EMAS:
  • Kadar yuran penyertaan adalah sama bagi setiap individu lelaki atau perempuan di bawah umur 70 tahun.
  • Kadar Yuran Penyertaan yang istimewa.
  • Tawaran Program EMAS dengan perlindungan takaful/insurans yang komprehensif dan syarat-syarat yang berdaya saing, antaranya:
  • Perlindungan 24 jam, seluruh dunia.
  • Harga takaful/insurans yang menarik, mampu dimiliki oleh semua ahli anggota koperasi dan tanggungan.
  • Mudah untuk menyertai Program EMAS kerana perlaksaanaan pengunderaitan secara berkelompok oleh syarikat takaful/insurans.
  • Manfaat bantuan kecemasan luar negara membolehkan setiap ahli Program EMAS melancong ke luar negara tanpa rasa bimbang.
  • Tawaran pengurusan jenazah sehingga selesai kepada ahli Program EMAS melalui manfaat pengurusan jenazah profesional untuk semua muslim.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

PELAN & MANFAAT PROGRAM

MANFAAT KEMASUKKAN HOSPITAL

Manfaat Hospital

Had Manfaat

Had Tahunan Keseluruhan

RM 50,000

Bilik & Penginapan Hospital
(maksimum sehingga 150 hari)

RM 200 sehari

Bilik Unit Rawatan Rapi
(maksimum sehingga 30 hari)

Bayaran
Penuh

Deduktibel (jumlah yang perlu ditanggung oleh ahli yang dilindungi bagi setiap kemasukan hospital/tuntutan daripada perbelanjaan yang layak) :
a. Rawatan Akibat Sakit di Hospital Swasta
b. Rawatan Akibat Kemalangan di Hospital Swasta
c. Apa-apa Rawatan di Hospital Kerajaan



5% jumlah bil
Tiada
Tiada

Bayaran Pembedahan

Bayaran Penuh

Bayaran Bilik Pembedahan

Bayaran Pakar Bius

Bekalan dan Khidmat Hospital

Lawatan Pakar Perubatan Dalam Hospital
(maksimum 2 kali sehari sehingga 150 hari)

Ujian Diagnostik Pra-Hospital & Rundingan Pakar Pra Hospital
(mengakibatkan kemasukan hospital dalam tempoh 90 hari)

RM 1,000

Rawatan selepas kemasukan Hospital
(dalam tempoh 60 hari selepas keluar hospital)

RM 2,500

Pendapat Pakar Kedua

Bayaran Penuh

Bayaran Ambulans

RM 500

Elaun Tunai Bagi Kemasukan ke Hospital Kerajaan (Sehingga 150 hari)

RM 100

Laporan Perubatan

RM 100

Yuran Pentadbiran/Yuran Pendaftaran/Kos ID
Band/Yuran Pendispensan Ubat/Kos Kit
Kemasukkan Hospital (bagi se tiap kali
kemasukkan hospital)

Bayaran Penuh

Ubat yang Dipreskripsikan
(sehingga 150 hari semasa dihospital &
maksimum 60 hari selepas keluar hospital)

Prosedur & Surgeri Penjagaan Harian

Cukai yang Dikenakan

MANFAAT PERLINDUNGAN HAYAT

Manfaat

Jumlah Pampasan

Hilang Upaya Kekal

RM 40,000

Kematian (biasa/sakit)

RM 35,000

Kematian (biasa/sakit)

RM 1,000

Kos Urusan Jenazah

* Kadar Sebenar

* Had maksimum RM4,000

ATAU
MANFAAT PERLINDUNGAN KEMALANGAN

Manfaat

Jumlah Pampasan

Hilang Upaya Kekal

RM 40,000

Hilang Upaya Separa

RM 40,000

Kematian

RM 35,000

Kos Perubatan (bagi setiap kemalangan)

RM 1,000

Khairat Kematian

RM 1,000

Kos Urusan Jenazah

* Kadar Sebenar

Kos Repatriasi (kematian luar Malaysia)

RM 5,000

* Had maksimum RM4,000

MANFAAT RAWATAN PESAKIT LUAR (KLINIK GP SAHAJA)

Perkhidmatan Klinik GP

Had Manfaat

Rundingan

RM 25 setiap lawatan, maksimum RM 500 setahun

Ubatan

Suntikan

ujian diagnostik, makmal, X-ray

MANFAAT ISTIMEWA UNTUK AHLI PROGRAM EMAS

Perpetual Trustees Berhad

Diskaun untuk Yuran Penulisan Wasiat
dan Yuran Urusan Pentadbiran Harta
Pusaka

MyAngkasa Mukmin

Pengurusan jenazah sehingga selesai

  • Jadual perlindungan di atas adalah jalinan kolobrasi bersama syarikat insurans dan takaful terpilih.
  • Penerimaan penyakit sedia ada tertakluk kepada kelulusan daripada pengunderait dengan terma dan syarat dalam masa 6 bulan
  • Manfaat di atas adalah tertakluk kepada terma dan syarat, untuk butiran lanjut sila layari www.myangkasaemas2u.com.my

JOM DAFTAR SEKARANG!

RM2010.00

RM1980 (Medical Card) + RM30 (Koperasi)

RM2050.20

RM1980 (Medical Card) + RM30 (Koperasi)  + 2% Kad Kredit/Debit

Kolaborasi Bersama :

HUBUNGI KAMI

Alamat

MYANGKASA EMAS MEDICARE SDN BHD D-10-3A, Menara Suezcap 1, KL Gateway, No 2, Jalan Kerinchi Lestari, Gerbang Kerinci Lestari, 59200, Kuala Lumpur

Call

03-82115435 / 019-3232 456

Emasmedicare.com © 2020 | Dibina oleh VirtualNiaga.com